PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Dr.S.Thinagaraj Front

November 3, 2011 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Che’gu Bard Penyebab Rusuhan

Che’gu Bard Penyebab Rusuhan
 
Ini merupakan Twitter update dari Che’gu Bard beberapa jam sebelum rusuhan bermula.
Apakah yang dimaksudkan oleh Che’gu bard dengan “Ptg Nanti Aksi Lebih Besar”
Aksi Rusuhan

@PrinceOfPilah berharap agar pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dalam menyiasat hal tersebut.

Baca Selanjutnya di www.princeofpilah.blogspot.com

April 29, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

ADUN Taman Medan Pemalas

ADUN Taman Medan Pemalas
 
Ini merupakan update dari Twitter YB Haniza ADUN Taman Medan.

ADUN Pemalas YB Haniza hanya meminta masalah sampah yang semakin tidak terurus diserahkan kepada kontraktor sampah,dan ianya bukan merupakan tugas beliau. Seolah olah beliau melarikan diri dari tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Beliau harus sedar,rakyat bukan mengundi kontraktor sampah untuk membuat aduan.
 
Rakyat Taman Medan mengundi YB Haniza, dan jika masalah sampah dikawasan tersebut tidak dapat diselesaikan,pasti rakyat akan mengadu kepada wakil rakat yang mereka undi.
 
Sepertimana yang kita tahu masalah sampah yang serius di Selangor membuatkan penduduk merasa kurang percaya kepada pemerintahan Pakatan Rakyat,dan ditambah dengan ADUN pemalas seperti  YB Haniza, Barisan Nasional pasti akan menawan Negeri Selangor.

Brader Mogan,ADUN Jeram Padang juga mempunyai sifat yang sama seperti YB Haniza.

Walaupun mewakili Barisan Nasional Brader Mogan bersifat sombong, langsung tidak menggambarkan aspirasi @NajibRazak yang peramah dan youth friendly.

Jika @NajibRazak membaca artikel ini, ADUN Pemalas seperti Brader Mogan harus direhatkan jika mahu BN memenangi PRU13 dan mencapai agenda Transormasi Malaysia.

Masyarakat Taman Medan harus mengganti wakil rakyat mereka jika mahu kebajikan mereka diberi keutamaan.

Masyarakat Jeram Padang,harus mengganti wakil rakyat kepada pemimpin yang berjiwa rakyat dan menolak pemimpin yang sombong dan kurang bijak.

baca Selanjutnya di www.princeofpilah.blogspot.com

April 29, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Gambar Adam Adli Kena Gas

Gambar Adam Adli Kena Gas

Mahasiswa dan #mansuh PTPTN akhirnya sedar mereka diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat setelah Adam Adli dan ‘pasukan’ beliau terpaksa berlari dan bersembunyi sambil  mendapatkan rawatan selepas terkena tembakan gas pemedih mata.

Mereka tidak mendapat layanan istimewa dari demonstran seperti yang diterima seperti yang dijanjikan oleh oleh Anwar dan Pakatan Rakyat.

Baca selanjutnya di www.princeofpilah.blogspot.com

April 29, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

MyKad Dengan Tarikh Luput

MyKad Dengan Tarikh Luput

Gambar ‘Mykad’ dengan perkataan “Pemastautin Sementara” dan mempunyai tarikh luput bersebar luas di Internet sejak termuat di Facebook minggu lepas. Dikatakan dikeluarkan kepada warganegara Burma, perkara itu menimbulkan persoalan sama ada warga asing diberi kerakyatan dan sama ada ia boleh digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

Semakan dengan pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Seterusnya di http://www.malaysiakini.com/news/195855

Mykad dengan penduduk “Permastautin Sementara” dikeluarkan kepada pemohon khususnya orang Indonesia, Pakistan, Nepal, Filipina, Burma, Thailand, Singapura dan juga kepada pemohon negara negara lain.

Menurut syarat,sesiapa yang sudah tinggal di Malaysia lebih kurang 12 tahun layak memohon menjadi rakyat Malaysia, tapi kerajaan kita tidak memberi terus kewarganegaraan,tetapi kerajaan kita terlebih dulu memberi status Permastautin Sementara kepada pemohon, seterusnya selepas cukup tempoh baru dibenarkan memohon jadi Permastautin Tetap.

Dan setelah cukup tempoh pula baru dibenarkan untuk memohon jadi Warganegara Malaysia.

Baca selanjutnya di www.princeofpilah.blogspot.com

April 29, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Anwar Rasmikan C.I.B.A.I.

Anwar Rasmikan C.I.B.A.I.
 
Anwar Ibrahim , Ketua Umum Pakatan Rakyat setelah sekian lama, sudah mula kelihatan risau dengan perkembangan politik yang mulai menampakkan kemenangan kepada Barisan Nasional pada PRU13.
 
Penubuhan T.I.B.A.I  , Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim membuatkan keadaan beliau bertambah buruk sehingga mulai menggeluarkan kata kata kurang sopan dalam update Twitter beliau.
 
Sebagai pemimpin tinggi negara,dan bekas timbalan Perdana Menteri , kata kata kurang sopan seperti ini menunjukkan keadaan Pakatan Rakyat yang sebenarnya,semakin kurang mendapat sokongan rakyat.
 
Baca Selanjutnya di www.princeofpilah.blogspot.com

April 29, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Cina Solat Di Dataran Merdeka

Cina Solat Di Dataran Merdeka

Lihat bagaimana seorang Mahasiswa Bangsa Cina di Demonstrasi Mansuh PTPTN berpura pura bersolat bersama mahasiswa Islam di Dataran Merdeka.Mahasiswa Islam disebelahnya hanya buat bodoh dengan insiden tersebut.
 
Inilah fahaman yang diamalkan oleh muslim PAS dan PKR. Mereka membiarkan Islam dihina asalkan yang hina Islam itu musuh BN.
 
Baca Selanjutnya di www.princeofpilah.blogspot.com

April 29, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Jual Babi Beli Sejadah

Jual Babi Beli Sejadah

Dibawah pimpinan Pakatan Rakyat Institusi Keagamaan Masjid bukan lagi menjadi milik Islam, ianya telah pun menjadi hak milik bersama pemimpin Cina DAP dan PKR sehingga bebas keluar masuk masjid termasuk memberikan sumbangan kewangan kepada masjid.

Apabila BR1M dikatakan wang haram, apa nak dikatakan dengan wang sumbangan DAP dan PKR kepada masjid.

Lihat Foto Dibawah

Apakah sejadah ini dibeli hasil dari jualan babi sumbangan  DAP dan PKR

Dari mana sumber kewangan tersebut?
Baca Selanjutnya di www.princeofpilah.blogspot.com

April 29, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

India Penentu Di N.Sembilan

India Penentu Di N.Sembilan

PRU 13 pastinya menjanjikan persaingan sengit BN dan PR di Negeri Sembilan. Pada PRU 12 , BN menang 21 kerusi Dun, PR menang 15 kerusi. Manakala BN menang 5 kerusi Parlimen, PR menang 3 kerusi.
 
Tidak seperti Johor dan Melaka , jumlah pengundi Melayu yang menyokong PR di Negeri Sembilan melebihi 30 % malah di sesetengah Dun melebihi 45 %. Buktinya, PAS menang kerusi Paroi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu 65 %.
 
Pengundi Cina juga memberi undi yang tinggi kepada DAP dalam PRU 12 lalu sehingga membolehkan DAP menang 10 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Bagaimanapun , undi orang Cina kepada PKR dan PAS tidak setinggi undi kepada DAP.
 
PKR menang 2 kerusi Dun yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di bawah 35 %. Manakala 2 lagi kerusi Dun yang PKR menangi mempunyai pengundi Melayu hampir 60 %. Kedua-dua kerusi ini PKR menang dengan majoriti yang tipis.
 
Pada PRU 13, peluang untuk PR mempertahankan kesemua 12 kerusi yang dimenangi adalah cerah kerana potensi undi orang Cina kepada PR menjangkau purata lebih 70% melebihi semasa PRU 12 hanya dalam purata 60 %.

3 kerusi lagi yang dimenangi PAS iaitu Paroi dan PKR iaitu Ampangan dan Sikamat memerlukan peningkatan undi orang Cina dan India sehingga 65 % . Undi Melayu dijangka tidak banyak berubah malah kemungkinan akan mengalami sedikit penurunan.
 
Pengundi India juga akan banyak mempengaruhi keputusan pilihanraya di Negeri Sembilan kerana banyak kerusi mempunyai jumlah pengundi India yang agak ramai. Terdapat 13 kerusi Dun yang mempunyai jumlah pengundi India melebihi 20 %. Justeru, penentu penting kemenangan kesemua kerusi ini adalah orang India.
 
PRU 12 menunjukkan undi orang India kepada PR adalah dalam purata 60 % . Bagi , PRU 13 dijangka akan berlaku sedikit penurunan undi orang India kepada PR. Namun, sedikit penurunan ini mampu ditampung oleh peningkatan undi orang Cina.
 
Jangkaan peningkatan undi orang Cina akan memberi kesan kepada 4 kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 50 % iaitu Chennah, Jeram Padang, Rantau dan Linggi . Bagaimanapun , kemenangan PR di Jeram Padang, Rantau dan Linggi turut dipengaruhi pengundi India.
 
Sekiranya, peratus undi India kepada PR tidak kurang dari 50 %. PR berpeluang cerah menang di ketiga-tiga kerusi ini. Bagi kerusi Chennah , DAP dijangka tiada masalah memenangi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Cina melebihi 53 %.
 
Jumlah pengundi Melayu yang menyokong PAS dan PKR di 5 kerusi iaitu Klawang, Lenggeng, Pilah, Johol dan Labu semasa PRU 12 mencapai 35 hingga 45 % . Sekiranya ,jumlah pengundi Cina melonjak melebihi 60 – 65 % , PR berpotensi memenangi kesemua kerusi ini dengan syarat undi India kepada PR juga tidak menurun di bawah 50 %.
 
Manakala 12 kerusi lain yang dimenangi BN dijangka masih kekal di tangan BN. Hanya perubahan undi orang Melayu kepada PR sahaja mampu mengubah penguasaan BN. Namun , jika undi Melayu masih sama seperti PRU 12, amat sukar kerusi ini terlepas kepada PR.
 
Sungguhpun begitu gerak kerja PR di 12 kerusi ini boleh membantu mengubah minda orang Melayu untuk menyokong PR. Sekiranya, jentera PR tidak bergerak di sini , jangan harap lah nak rampas kerusi-kerusi ini. 12 kerusi tersebut ialah ;
 
1. Pertang
2. Sungai Lui
3. Serting
4. Palong
5. Seri Menanti
6. Senaling
7. Juaseh
8. Chembong
9. Kota
10. Gemas
11. Gemencheh
12. Bagan Pinang
 
Bagi kerusi Parlimen , peluang PR untuk menambah kerusi adalah tipis sekiranya BN masih menguasai 12 Dun di atas. PR kekal di Seremban , Rasah dan Teluk Kemang. Manakala BN di Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin. Hanya Rembau dalam kedudukan 50 : 50
Sumber: http://tulahan.blogspot.com/2012/03/pengundi-india-penentu-penting.html

MP Kelana Jaya …

MP Kelana Jaya Dipecat Perli Anwar

Inilah Gwo-Burne Loh Ahli parlimen Kelana Jaya merangkap samseng Kelana Jaya. Selama menjadi Ahli Parlimen hanya satu soalan yang ditanya oleh samseng ini,soalan yang secara direct memperli Anwar Ibrahim.

Lihat kualiti pertanyaan samseng Kelana Jaya di Parlimen,pengundi yang memilih samseng ini seharus berbangga mempunyai Ahli Parlimen yang sangat bijak seperti ini.

Soalan Ahli Parlimen:

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.

JAWAPAN

Menteri Dato Seri Ahmad Shabery Chik ,Menteri Belia dan Sukan

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang di jalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakatnya. Namun begitu, tidak mungkin mana-mana kerajaan mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu di negaranya. Ini termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan dan kelainan tertentu yang boleh menguasai dan mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan

@PrinceOfPilah percaya , Ahli Parlimen Kelana Jaya boleh mencari pelbagai soalan lain untuk ditanya di Parlimen,  berkenaan dengan polisi pentadbiran kerajaan terutamanya isu Pemansuhan ISA , AUKU, PTPTN , Lynas ataupun Kemajuan di kawasan Kelana Jaya. Namun pertanyaan diatas oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya tersebut jelas menunjuk tahap kematangan Ahli Parlimen Pembangkang.

Apakah Gwo-Burne Loh akan dipecat oleh Pakatan Pakyat kerana memperli Anwar Ibrahim?

Memberi peluang kepada Pakatan Pakyat memerintah negara merupakan suatu tindakan kurang bijak. Putrajaya harus dipertahankan.

Teruskan Perjuangan…

April 17, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment