PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Kebenaran Disebalik PTPTN

Kebenaran Disebalik PTPTN

Propaganda pemansuhan PTPTN oleh Pakatan rakyat menjadi isu hangat kebelakangan ini,namun apakah kebenaran disebalik propaganda tersebut.

Pada tahun 1997, Tun Dr Mahathir (1997- Datuk Seri) telah mengambil cuti bermula 19hb Mei 1997  sehingga 26hb Julai 1997 dan telah melantik timbalannya ketika itu, Anwar Ibrahim, sebagai pemangku Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk buat apa-apa sahaja keputusan sepanjang beliau bercuti.

Keratan akhbar di bawah ini (Utusan Malaysia 16hb Mei 1997 & 23hb Mei 1997) sebagai bukti bagaimana berkuasanya Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri. Antara keputusan yang Anwar ambil semasa memangku jawatan PM adalah untuk melantik Abu Zahar sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru.

Kini Anwar dan Pakatan Rakyat memulakan agenda penipuan terbaru mengenai pemansuhan PTPTN.

PTPTN zalim….PTPTN kejam…. PTPTN membebankan….dan Anwar berjanji akan mansuhkan PTPTN jika dia menjadi PM.

Berikut adalah info berhubung penubuhan PTPTN

Perhatikan tarikh yang hitamkan. Siapa yang memiliki kuasa PM pada ketika itu?

Waktu itu Anwar mempunyai kuasa PM, beliau setuju dan beliau benarkan PTPTN ditubuhkan.

Hari ini Anwar berkata jika beliau menjadi PM, maka beliau akan memansuhkan pinjaman PTPTN.

Cuba anda semua fikirkan, pada masa itu beliau mempunyai kuasa sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN untuk mengeluarkan pinjaman, kuasa sebagai seorang TPM dan yang paling penting kuasa PM pun ada di tangan beliau pada ketika memangku jawatan Perdana Menteri,kenapa PTPTN dibenarkan untuk ditubuhkan?

Sepatutnya kalau beliau tidak bersetuju dengan PTPTN kerana zalim, kejam dan membebankan dia patut batalkan penubuhan PTPTN pada ketika itu kerana segala kuasa berada ditangannya.

Pemansuhan PTPTN tidak dimasukkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.Ini merupakan propaganda palsu Pakatan Rakyat.

Teruskan Perjuangan…

Diadaptasi Dari Sumber

April 17, 2012 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: