PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

MP Kelana Jaya …

MP Kelana Jaya Dipecat Perli Anwar

Inilah Gwo-Burne Loh Ahli parlimen Kelana Jaya merangkap samseng Kelana Jaya. Selama menjadi Ahli Parlimen hanya satu soalan yang ditanya oleh samseng ini,soalan yang secara direct memperli Anwar Ibrahim.

Lihat kualiti pertanyaan samseng Kelana Jaya di Parlimen,pengundi yang memilih samseng ini seharus berbangga mempunyai Ahli Parlimen yang sangat bijak seperti ini.

Soalan Ahli Parlimen:

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.

JAWAPAN

Menteri Dato Seri Ahmad Shabery Chik ,Menteri Belia dan Sukan

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang di jalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakatnya. Namun begitu, tidak mungkin mana-mana kerajaan mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu di negaranya. Ini termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan dan kelainan tertentu yang boleh menguasai dan mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan

@PrinceOfPilah percaya , Ahli Parlimen Kelana Jaya boleh mencari pelbagai soalan lain untuk ditanya di Parlimen,  berkenaan dengan polisi pentadbiran kerajaan terutamanya isu Pemansuhan ISA , AUKU, PTPTN , Lynas ataupun Kemajuan di kawasan Kelana Jaya. Namun pertanyaan diatas oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya tersebut jelas menunjuk tahap kematangan Ahli Parlimen Pembangkang.

Apakah Gwo-Burne Loh akan dipecat oleh Pakatan Pakyat kerana memperli Anwar Ibrahim?

Memberi peluang kepada Pakatan Pakyat memerintah negara merupakan suatu tindakan kurang bijak. Putrajaya harus dipertahankan.

Teruskan Perjuangan…

Advertisements

April 17, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Mahasiswa Mansuh PTPTN Mabuk

Mahasiswa Mansuh PTPTN Mabuk

Ini merupakan update dari Twitter YB @mbnizar

Kalau cuaca panas, biasanya kita akan menggunakan pakaian longgar dan nipis bagi mengurangi panas badan,dan semua orang tahu tentang hal tersebut.

Lihat foto disebelah , @mbnizar siap memakai tie dan berkemeja lengan panjang untuk berjumpa dengan mahasiswa #MansuhPTPTN di Dataran Merdeka, bukankah ini perbuatan orang mabuk?

Bukan hanya @mbnizar seorang sahaja yang mabuk, kelihatan seorang lagi memakai baju hujan warna kuning sambil berdiri dibawah panas matahari.

 

Apakah Mahasiswa #MansuhPTPTN sebenarnya memperjuangkan hak mahasiswa ataupun mengadakan pesta mabuk di Dataran Merdeka?

Teruskan Perjuangan…

April 17, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Kebenaran Disebalik PTPTN

Kebenaran Disebalik PTPTN

Propaganda pemansuhan PTPTN oleh Pakatan rakyat menjadi isu hangat kebelakangan ini,namun apakah kebenaran disebalik propaganda tersebut.

Pada tahun 1997, Tun Dr Mahathir (1997- Datuk Seri) telah mengambil cuti bermula 19hb Mei 1997  sehingga 26hb Julai 1997 dan telah melantik timbalannya ketika itu, Anwar Ibrahim, sebagai pemangku Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk buat apa-apa sahaja keputusan sepanjang beliau bercuti.

Keratan akhbar di bawah ini (Utusan Malaysia 16hb Mei 1997 & 23hb Mei 1997) sebagai bukti bagaimana berkuasanya Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri. Antara keputusan yang Anwar ambil semasa memangku jawatan PM adalah untuk melantik Abu Zahar sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru.

Kini Anwar dan Pakatan Rakyat memulakan agenda penipuan terbaru mengenai pemansuhan PTPTN.

PTPTN zalim….PTPTN kejam…. PTPTN membebankan….dan Anwar berjanji akan mansuhkan PTPTN jika dia menjadi PM.

Berikut adalah info berhubung penubuhan PTPTN

Perhatikan tarikh yang hitamkan. Siapa yang memiliki kuasa PM pada ketika itu?

Waktu itu Anwar mempunyai kuasa PM, beliau setuju dan beliau benarkan PTPTN ditubuhkan.

Hari ini Anwar berkata jika beliau menjadi PM, maka beliau akan memansuhkan pinjaman PTPTN.

Cuba anda semua fikirkan, pada masa itu beliau mempunyai kuasa sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN untuk mengeluarkan pinjaman, kuasa sebagai seorang TPM dan yang paling penting kuasa PM pun ada di tangan beliau pada ketika memangku jawatan Perdana Menteri,kenapa PTPTN dibenarkan untuk ditubuhkan?

Sepatutnya kalau beliau tidak bersetuju dengan PTPTN kerana zalim, kejam dan membebankan dia patut batalkan penubuhan PTPTN pada ketika itu kerana segala kuasa berada ditangannya.

Pemansuhan PTPTN tidak dimasukkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.Ini merupakan propaganda palsu Pakatan Rakyat.

Teruskan Perjuangan…

Diadaptasi Dari Sumber

April 17, 2012 Posted by | Uncategorized | Leave a comment