PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Kita Cukup Kuat , Tidak Perlu PAS

KITA CUKUP KUAT , TIDAK PERLU PAS

“Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS” kata Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau diminta mengulas mengenai kenyatan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja menunjukkan kepercayaan beliau terhadap kekuatan UMNO namun saya melihat kata kata beliau secara tidak langsung menunjukkan kepercayaan terhadap kekuatan Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Sebelumnya, kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin sedikit menimbulkan sedikit rasa keraguan terhadap Konsep 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,apakah semua yang dilakukan di negara ini harus berorientasikan Melayu dan Islam,sungguhpun saya sedar bahawa kestabilan golongan majoriti di negara ini akan turut membantu terhadap pembangunan serta kemajuan kaum minoriti ,namun kehidupan sebagai kaum India / Hindu minoriti yang seringkali berhadapan dengan persepsi ‘zaman orde baru’ tetap menimbulkan rasa tidak selesa. Kenapa sentimen kaum lain / agama lain tidak dianggap kira dalam menentukan perbincangan ini? Kenapa bukan perbincangan antara BN dan PAS, bukannya UMNO dan PAS? Kenapa wakil dari parti-parti komponen lain tidak diikutsertakan dalam perbincangan ini jika benar benar Konsep 1 Malaysia ini ingin diwajarkan? Bagaimana sentimen UMNO jika MIC dan MCA duduk semeja dengan DAP/PKR membincangankan kerjasama? Timbul banyak lagi persoalan di benak fikiran saya…

Dan jawaban terhadap kepercayaan terhadap pimpinan PM Datuk Seri Najib Tun Razak terjawab sudah dengan kenyataan yang sangat jelas dari beliau,yang boleh diertikan BN memiliki kekuatan tersendiri dan tidak perlu bantuan PAS untuk memimpin Malaysia. Kenyataan beliau bukan sahaja membuka minda penyokong BN tentang kekuatan sebenar BN , namum turut melemparkan cabaran kepada Pakatan Rakyat tentang kebersediaan BN untuk terus meneraju pimpinan kerajaan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum,serta menyatukan mereka dibawah satu ideologi politik yang baru berdasarkan konsep yang memberikan kepentingan bersifat kepada bangsa multi-racial si Malaysia melalui Konsep 1 Malaysia.

Bravo !!! PUTERA MIC N.Sembilan memberi sokongan penuh kepada pimpinan Barisan Nasional serta Datuk Seri Najib Tun Razak…

-Dr.Raj-
Pemimpin Muda Parti Komponen BN
Ketua PUTERA MIC N.Sembilan

July 16, 2010 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: