PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

P.Kamalanathan Calon Tepat

P.Kamalanathan Calon Tepat

Pemilihan  En.P.Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional menghadapi PRK Hulu Selangor merupakan suatu tindakan yang tepat dengan konsep 1 Malaysia,kata Dr.S.Thinagaraj; Ketua Pegawai Penerangan MIC N.Sembilan.

“ Rakyat umum mahukan perubahan,meminta calon baru , meminta calon muda  dan En.P.Kamalanathan calon yang baik, tiada skandal, tiada masalah ,dia juga orang muda, serta memegang Ijazah Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di Australia, jadi tepatlah pemilihan beliau sebagai calon Barisan Nasional selaras dengan slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” , kata beliau. “Lagi pula kemahiran dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat merupakan kekuatan Kamalanathan untuk menawan hati penduduk di Hulu Selangor , saya yakin kelebihan ini dapat mewujudkan perhubungan yang lebih baik dengan rakyat” tambah beliau lagi

“Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pimpinan tertinggi Barisan Nasional diatas pencalonan wakil MIC bagi PRK kawasan Hulu Selangor, walaupun komuniti India di Hulu Selangor sangat kecil dibanding kaum kaum lain, pilihan calon MIC menunjukkan ikatan setiakawan yang dibina dalam badan induk Barisan Nasional selama lebih dari 60 tahun tidak tergugah oleh isu isu tempatan yang ditonjolkan oleh pembangkang , ini saja sudah cukup bagi menentukan kemenangan”

Bercakap mengenai peluang Barisan Nasional,Dr.S.Thinagaraj dengan yakin berkata” Peluang Barisan Nasional untuk menang sangat cerah, Saya percaya rakyat di Hulu Selangor dapat merujuk sendiri kepada kepimpinan negara, pembangunan yang telah dilakukan oleh perdana menteri ,serta pelan pembangunan masa depan negara,dan bukannya asyik lompat parti tanpa pendirian tetap, itu yang perlu kita lihat lagi pula nama yang besar saja tidak menjanjikan kemenangan,buktinya Pilihanraya Umum 2008

Dr.S.Thinagaraj, yang juga merupakan Ketua PUTERA MIC N.Sembilan berkata, MIC N.Sembilan akan mengirimkan wakil bagi memulakan kempen pilihanraya bemula hari ini sejurus selepas menghadiri majlis penamaan calon dan menetap di kawasan pilihanraya bagi membantu perjalanan  proses berkempen.

April 16, 2010 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: