PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Presiden PERKASA Sokong Dato’Nasir Safar

Pertahan hak Melayu tanpa kompromi

Orang bukan sahaja pertikai malah memperlekeh hak Melayu, Perkara 153 juga berani dihujah: Ibrahim Ali

Telefon bimbit Datuk Ibrahim Ali tidak pernah diam sehari dua ini. Boleh dikatakan setiap minit berdering, tidak kita waktu, termasuk waktu lewat malam. Dia mengakui hendak ke bilik air pun susah.

Semuanya gara-gara dia menulis surat kepada Pope baru-baru ini berhubung isu kalimah Allah yang mencetuskan kontroversi umum di negara ini. Dia menerima kira-kira 500 khidmat pesanan rinfkat (SMS) sehari, semuanya reaksi berikutan surat tersebut. Dia sekarang menunggu jawapan dari Vatican.

Perbualan dengan ABD JALIL ALI dan foto, ABDUL LATIFF ZAKARIA sering terganggu oleh panggilan telefon – antaranya dari beberapa media antarabangsa termasuk Asian Wall Street Journal, dan BBC – semua mahu menemuramah beliau sebagai Presiden Perkasa.

Berselang seli antara panggilan telefon dan SMS, beliau yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas sempat menjawab beberapa soalan yang dikemukakan. Seperti biasa ‘Tok Him’ menjawab dengan lantang, tegas dan berani ala-ala ‘gedebe’. Berikut sebahagian dari perbualan tersebut.

Akhir-akhir ini suara Datuk lebih banyak didengar bukan sebagai seorang wakil rakyat tetapi sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Apakah Datuk sudah tidak yakin untuk bercakap sebagai seorang Ahli Yang Berhormat?

Ibrahim: Isu-isu hangat semasa khasnya yang ada kaitan langsung dengan kepentingan Melayu elok saya suarakan atas platform NGO seperti Perkasa. Kalau saya cakap atas nama wakil rakyat, atau atas nama parti, orang akan kata saya cakap politik.

Saya tidak mahu orang tuduh saya bercakap untuk kepentingan politik saya. Lagi pun sekarang banyak sangat orang main politik, jadi lebih baik saya guna landasan lain untuk menyuarakan pandangan saya. Apa yang jelas saya bercakap untuk kepentingan orang Melayu tidak kira mereka dari parti mana.

Itu pun saya tahu banyak orang tuduh saya hendak gunakan Perkasa untuk kepentingan politik. Kalau dia orang hendak kata saya main politik juga, itu saya serahkan pada mereka, itu hak mereka. Saya tidak kisah dengan persepsi.

Apakah keadaan orang Melayu begitu mendesak sekarang, sehingga Perkasa ditubuhkan?

Ibrahim: Perkasa baru ditubuhkan setahun tiga bulan. Matlamat penubuhannya ialah untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu, tidak kira parti, mengenai hak dan kedaulatan Melayu.

Kalau kita lihat akhir-akhir ini orang sudah mula mempertikai, malah memperlekeh, hak dan kedaulatan Melayu. Perkara 153 dalam Perlembagaan pun orang berani hujah. Ini yang patut kita pertahankan. Kalau kita diamkan lama-lama nanti orang berani pijak kepala kita. Perkasa hendak bawa orang Melayu supaya bersatu mempertahan dan menegakkan Perkara 153.

Kalau boleh Datuk lebih khusus mengenai isu-isu mendesak yang melibatkan orang Melayu?

Ibrahim: Okey, kita ambil contoh soal agama Islam. Perlembagaan telah dengan jelas memaktubkan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Janganlah hendak hujah-hujah perkara ini. Orang yang tidak tahu Islam jangan cakap fasal Islam.

Tetapi akhir-akhir ini orang bukan Islam pun sibuk bercakap mengenai Islam. Contoh terkini ialah kontroversi mengenai kalimah Allah. Benda itu tidak sepatutnya dibangkitkan sekarang. Sejak sekian lama kita aman, tiba-tiba orang bangkitkan itu sebagai satu isu. Tengok apa kesannya? Ada gereja dan masjid dirosakkan.

Kita kena tegas dalam hal-hal seperti ini, kena berbalik kepada Perlembagaan. Kalau kita ikut semua kehendak mereka, akhirnya kita yang susah. Ada perkara-perkara yang melibatkan Melayu dan Islam, kita tidak boleh tunduk, tidak boleh tolak ansur walau sedikit pun.

Tetapi, tidakkah parti-parti politik Melayu seperti UMNO dan Pas boleh sama-sama melihat dan memperjuangkan perkara seperti ini?

Ibrahim: Ini yang saya kecewa! Parti-parti Melayu nampaknya terlalu hendak mengalah dalam isu-isu macam ini. Mereka hendak jaga hati orang lain, habis hati kita siapa hendak jaga? UMNO banyak berhati-hati, sebab tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

Hendak harapkan Pas lagi teruk. Cuba tengok isu kalimah Allah, sama ada Pas atau PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak tegas dalam hal ini. Setengah kata boleh, setengah kata tidak boleh. Pas hendak ambil hati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, pendirian dia orang jadi kabur dalam isu-isu penting seperti ini.

Kalau ada pandangan yang menunjukkan ketegasan dalam hal ini, orang itu akan dikecam. Mana boleh kecam orang yang hendak mempertahankan agama Islam? Pas parti Islam, kenalah tegas mengenai isu kalimah Allah ini. Jangan dolak-dalik, orang akan keliru. Kena sepakat kata tidak boleh.

Apa pendirian Perkasa dalam isu kalimah Allah, dan apa yang boleh dilakukan oleh Datuk untuk memperbaiki keadaan ini?

Ibrahim: Macam saya kata tadi, kita tidak boleh tunduk pada desakan mana-mana pihak berhubung isu agama Islam. Benda yang tidak boleh, kita kata dengan tegas tidak boleh. Kita pun tidak mahu sentuh hal agama-agama lain. Kita patut hormat-menghormati, bukan cari fasal.

Okey, kita tulis surat pada Pope. Orang lain tidak buat benda ini, sedangkan ini benda besar yang melibatkan agama dan Melayu. Saya beritahu pada pihak Vatican apa yang terjadi di sini (mengenai isu kalimah Allah). Saya minta Pope nyatakan pendirian, supaya kita tahu apa yang kita boleh buat selanjutnya.

Semua orang boleh tulis surat seperti ini. Soalnya, apakah surat itu sampai ke tangan Pope. Adakah beliau memberikan apa-apa reaksi mengenai surat Perkasa?

Ibrahim: Saya hantar surat itu pertengahan Januari, kalau tidak sampai mesti surat itu sudah berbalik kepada saya. Saya percaya surat itu sampai kepada pihak yang dituju. Sekurang-kurangnya kita sudah menulis pada mereka.

Respons dan reaksi dari Pope saya tidak tahu, saya masih menunggu, harap-harap dia jawab. Tetapi di sini saya mendapat reaksi yang cukup hangat dari orang ramai. Mereka tulis surat, hantar faks, hantar e-mel kepada kita. Mereka puji langkah kita, mereka sokong tindakan kita.

Saya hendak beritahu kepada saudara, tiap hari saya terima beratus-ratus SMS memuji dan menyokong tindakan saya tulis surat pada Pope. Dia orang tahu saya berbuat sesuatu. Kita kena tunjukkan kesungguhan, jangan asyik bercakap sahaja.

Selain isu kalimah Allah, apa lagi perkara yang pada hemat Datuk menyentuh soal hak-hak Melayu yang mesti dipertahankan?
Ibrahim: Ada banyak. Tetapi asasnya ialah kita jangan terlalu tunduk, jangan terlalu mengalah. Ini kalau kena ke kita dia orang mudah sangat kata kita rasis, kita perkauman. Kalau kena ke dia tidak apa pula. Kita sahaja kena mana boleh?

Boleh Datuk lebih spesifik?

Ibrahim: Okey, dalam kes (bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib) Datuk Nasir Safar, bila dia bercakap mengenai isu Cina dan India (di Melaka) baru-baru ini, cepat sangat orang melenting. Cepat sangat buat report polis. Semua desar suruh dia letak jawatan.

Sepatutnya dia diberi hak untuk membela diri. Tentu ada sebab dia tiba-tiba meletup pada hari itu. Kena dengar kenyataan dia secara keseluruhan, bukan hanya ambil bab yang dia sentuh mengenai isu pendatang itu. Saya bukan hendak sebelah Datuk Nasir, tetapi dia patut diberi masa dan ruang untuk bela diri. Saya faham rasa dukacita PM terhadap pegawainya, tetapi apa yang Datuk Nasir kata mesti dilihat secara menyeluruh. Saya harap umat Melayu bela Datuk Nasir.

Ini tidak, bangsa lain cepat sangat cap Datuk Nasir rasis, perkauman. Okey, saya hendak tanya, kenapa tidak ambil tindakan ke atas orang yang hina lagu ‘Negaraku’? Benda itu tersebar di Internet, seluruh dunia tahu. Hina lagu ‘Negaraku’ maknanya hina Raja dan hina negara.

Saya hendak tanya lagi, kenapa Gerakan tidak ambil tindakan ke atas pemimpin DAP Cina yang pijak gambar ADUN Melayu di Perak, apakah itu tidak menghina Melayu namanya? Apa pula halnya dengan berpuluh ribu warga China dan India yang menetap di sini setelah visa tamat, sesetengahnya jadi pelacur. Kenapa kita diam.

Ini kalau saya cakap banyak mengenai perkara ini, dia orang mesti kata saya perkauman. Dia orang akan buat report polis. Saya tidak kisah, saya tidak mahu tunduk.

source : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6728852.asp

February 8, 2010 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: