PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Say No To Dato’ Nasir Bin Safar

                                                                     Say No To Dato’ Nasir Bin Safar

PUTERA MIC N.Sembilan mengutuk keras kenyataan bersifar perkauman oleh Dato’Nasir Bin Safar pagi tadi di MITC Melaka. Kenyataan ” Orang India di Malaysia melampau sangat. Mereka mendesak kerajaan untuk 12 mata pelajaran dalam SPM. Jangan desak kerajaan.. anytime kita boleh melucutkan kewarganegaraan orang India di Malaysia. Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially ladies untuk jual badan” bukan sahaja menyebabkan bantahan dari para hadirin yang bertindak keluar dari perhimpunan tersebut,malah menimbulkan rasa marah kaum India seluruh Malaysia yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka melalui sms serta facebook.

Dr.S.Thinagaraj Ketua PUTERA MIC N.Sembilan juga Pegawai Informasi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan , ketika dihubungi mengatakan MIC tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang bermain dengan isu perkauman,kerana hal ini bukan sahaja mencemarkan nama baik kerajaan Barisan Nasional,malah menyentuh kewibawaan MIC sebagai wakil tunggal suara kaum India di kerajaan Barisan Nasional.

“Kami akan mengadakan pertemuan akhbar bagi membantah kenyaatan Dato’ Nasir Bin Safar yang memainkan isu sensitif bersifat perkauman,hal ini jika dibiarkan boleh merosak hubungan baik masyarakat India dengan kerajaan Barisan Nasional’ .

Sebuah memorandum akan dihantar kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia bagi meminta Dato’ Nasir Bin Safar diambil tindakan tatatertib yang sewajarnya,juga membuat laporan polis keatas beliau” tambah Dr.S.Thinagaraj dalam kenyataan beliau.

Sementara itu, beliau  meminta masyarakat India tidak perlu risau dengan kejadian ini memandangkan MIC akan melakukan perkara yang sewajarnya bagi  memastikan segala permasalahana dan salah fahan diatasi secara tenang serta tidak mudah terpedaya hasutan hasutan pembangkang untuk tunjuk perasaan dijalanan. Beliau juga meminta masyarakat supaya tidak mengirimkan sms serta kenyataan facebook yang bersifat perkauman berhubungan dengan kejadian ini memandangkan hal tersebut boleh memperburuk keadaan .

Update 8.30pm 2/2/2010 :
STATEMENT FROM THE YAB PM’s Department: The Remarks allegedly made by Datuk Nasir Safar, Special Officer to the PM, in Malacca today does not in anyway reflect the views of the Prime Minister. Datuk Nasir never intented to make any derogatory remarks. He spoke at length on the contributions made by all races in developing the country. Nevertheless, Datuk Nasir apologises for any offences caused. In light of this, Datuk Nasir will tender his resignation.

-DR.S.THINAGARAJ-

February 2, 2010 - Posted by | Uncategorized

2 Comments »

  1. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terimakasih atas sokongan dan keperihatian pihak Tuan kepada masyarakat India di Malaysia terutama sekali di Negeri Sembilan.Saya juga seorang India dan sebagai warganegara Malaysia , kenyataan yang dikeluarkan oleh orang yang tak bertanggungjawab amat menyedihkan terutama sekali orang yang terbabit itu adalah yang paling rapat kepada PM . Sebagai rakyat , perjalanan hidup saya adalah untuk keluarga saya . Mungkin disebabkan tanggungjawab ini , banyak perkara yang terpaksa dipendam tetapi ia tidak bermaksud bahawa saya mengalah ataupun menerima segala kritikan mengenai kaun India . Saya amat berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik dan saya pasti jika ia tidak dilakukan , mungkin perkara ini akan melarat. Kepada Pihak Putera MIC ( NS) , syabas dan teruskan perjuangan anda . Terimakasih.

    Comment by K.Sashidhran | February 2, 2010 | Reply

    • Terima Kasih diatas sokongan anda, bagi pihak PUTERA MIC saya mengucapkan tahniah diatas semangat yang anda tunjukkan melalui komen anda, saya merasa sangat terharu dengan kata kata anda yang berbunyi “banyak perkara yang terpaksa dipendam tetapi ia tidak bermaksud bahawa saya mengalah ataupun menerima segala kritikan mengenai kaun India “. Marilah kita bersama sama berjuang untuk kepentingan kaum India di Malaysia.

      Comment by puteramicns | February 2, 2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: