PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Saling Mengunjung Tingkatkan Perpaduan

Rumah Terbuka Persatuan Sivik India Bukit Temensu
 Saling Mengunjung Tingkatkan Perpaduan
Rumah terbuka Hari Deepavali walaupun diadakan pada hari ke-tujuh perayaan itu tetapi sambutan yang diterima amat menggalakkan sekaligus menandakan daerah Kuala Pilah adalah contoh terbaik integrasi kebangsaan.

Sebagai memupuk perpaduan dikalangan rakyat, Persatuan Sivik India Bukit Temensu Kuala Pilah tidak ketinggalan meneruskan tradisi rumah terbuka itu yang mendapat sambutan baik dikalangan masyarakat setempat.

Kehadiran sekitar 200 orang pada majlis rumah terbuka di rumah pengerusi persatuan , En.M.Rengamani, menunjukkan tradisi kunjung mengunjung sempena Hari Deepavali mencapai matlamat untuk mempererat hubungan persahabatan dikalangan pelbagai lapisan masyarakat di kawasan ini.

“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat tempatan, dan saya akan berusaha rumah terbuka ini dijadikan program tahunan persatuan” kata M.Rengamani

Majlis rumah terbuka diserikan dengan kehadiran YB Tuan Hj Adnan Hj Hassan , ADUN Pilah, Dato’Norhayati Binti Omar , Ketua Wanita UMNO Kuala Pilah , Pn. Mangalam , Ketua Persatuan Sivik India Kawasan Kuala Pilah.

“Para pemimpin masyarakat harus menepikan perbezaan pendapat menjadikan majlis rumah terbuka Hari Deeepavali ini sebagai salah satu wadah untuk mengerat serta mengukuhkan lagi persahabatan dengan warga masyarakat tempatan” kata Dr.S.Thinagaraj, Ketua Pegawai Informasi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan yang hadir bersama isteri beliau Dr.K.Pathmawathy pada majlis rumah terbuka persatuan tersebut.

November 7, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: