PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Sambutan Deepavali MIC Ampang Tinggi

Rumah Terbuka Deepavali 2009 Ampang Tinggi

Sambutan Deepavali MIC Ampang Tinggi Meriah

Sambutan perayaan Deepavali di Kuala Pilah dilihat amat meriah pada Rumah Terbuka MIC Cawangan Ampang Tinggi yang diadakan di kediaman Pengerusi Cawangan bertempat di Taman Nesa Jaya, Kuala Pilah.

“Saya sangat gembira dengan amalan kunjung mengunjung ke rumah terbuka bagi memeriahkan lagi sambutan Deepavali hari ini , ini barulah Semangat I Malaysia’ kata Pengerusi MIC cawangan Ampang Tinggi, Pn.P.Mangalam sewaktu menerima ketibaan kira kira 350 warga masyarakat dari kawasan kawasan sekitar, bersama suami serta anak Dr.S.Thinagaraj , Ketua PUTERA MIC N.Sembilan.

‘Kita patut bersyukur kepada Tuhan kerana kita diberi kesempatan untuk menyambut semua hari perayaan di negara kita dalam situasi yang harmoni dan tenteram tanpa peperangan seperti dinegara negara jiran .Kita juga harus ingat bahawa situasi ini ini merupakan hasil perjuangan bersama oleh kerajaan Barisan Nasional selama lebih dari 50 tahun” tambah beliau lagi.

Turut hadir pada sambutan rumah terbuka adalah pemimpin parti politik , ketua ketua jabatan kerajaan dan ketua ketua NGO tempatan, Selain makanan tradisional kaum India , para tetamu juga dihiburkan dengan pelbagai permainan serta pemberian angpow kepada anak anak sekolah.

“ Kita harus menghormati hak setiap warganegara Malaysia untuk mengamalkan ajaran agama mereka dan berkongsi keseronokkan menyambut perayaan setiap kaum,” kata Dato’ Norhayati binti Omar, Ketua Wanita UMNO Kuala Pilah sewaktu menghadiri majlis Rumah Terbuka MIC Cawangan Ampang Tinggi.
Majlis Rumah Terbuka MIC Ampang Tinggi ditutup dengan masjlis penyampaian hamper kepada keluarga keluarga yang kurang mampu di kawasan Kuala Pilah.

November 7, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: