PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

PUTERAMICNS Juara Futsal Deepavali 2009

PUTERA MIC NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA FUTSAL DEEPAVALI 2009

P1000034_rszPasukan PUTERA MIC Negeri Sembilan menjadi juara Piala Futsal Deepavali MIC Negeri Sembilan yang diadakan di kompleks futsal Seremban 2 baru baru ini. Pasukan Pasukan PUTERA MIC Negeri Sembilan yang diketuai oleh En.B.Thayalan menang mudah 6-1 keatas pasukan SJ Nanba pada perlawanan akhir sekaligus menjadi pasukan pertama yang menjuarai piala ini.

 “Kejuaraan  ini merupakan anjuran bersama Putera MIC Negeri Sembilan bersama Pemuda MIC Rasah dan Teluk Kemang dibawah pimpinan En.R.Thinalan and En.Achuthan Nair bagi mempereratkan hubungan sesama ahli  ahli dari Putera dan Pemuda MIC  Negeri Sembilan “ kata Pengerusi Putera MIC Negeri Sembilan P1000036_rszDr.S.Thinagaraj mengenai Piala Futsal Deepavali MIC Negeri Sembilan yang diadakan baru baru ini. “Kami juga ingin mencari bakat bakat baru bagi menyertai pasukan futsal MIC Negeri Sembilan” tambah beliau lagi.

Sebanyak 14 pasukan layak kepusingan akhir yang diadakan ini setelah melalui seleksi yang diadakan di peringkat daerah sebelumnya. Pasukan Pemuda MIC Rasah dan Teluk Kemang masing masing diwakili oleh 6 dan 4 pasukan,manakala Putera MIC Negeri Sembilan pula diwakili oleh 4 pasukan.

Pertandingan yang dijalankan secara kalah-mati memperlihatkan pasukan pilihan SJ Nanba 1 tewas 1-3 kepada pasukan PUTERA MIC Negeri Sembilan pada pusingan pertama.

Sementara itu , En.R.Thinalan Ketua Pemuda MIC Rasah melahir  rasa gembira beliau diatas sambutan yang sangat menggalakkan dari ahli ahli Putera serta Pemuda MIC bagi menyertai pertandingan ini “ Saya sangat gembira dengan sambutan yang diberikan , kami akan berusaha untuk menjadikan kejuaraan ini menjadi program tahunan” kata beliau.

Pasukan PUTERA MIC Negeri Sembilan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 setelah menjadi juara , manakala Pasukan SJ Nanba 2 pula menerima RM 200.00. Pemain terbaik pula dimenangi oleh kapten pasukan PUTERA MIC Negeri Sembilan En.B.Thayalan yang bermain di posisi penjaga gol.

CIMG3410_rsz

November 7, 2009 - Posted by | Uncategorized

1 Comment »

  1. Congrts mate..
    hope we could make this a inter-state and national tourny.

    Comment by secretary | November 7, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: