PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

ADUN Johol Tidak Letak Jawatan

ADUN Johol Tidak Letak Jawatan

IMG_0047_rszADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof hari ini menafikan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut ekoran masalah kesihatannya. “Saya tidak pernah hantar surat kepada pucuk pimpinan Umno untuk letak jawatan. Tidak ada. “Bahkan (Menteri Besar Negeri Sembilan) Datuk Mohamad Hassan tahu saya sakit,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Roslan diminta mengulas desas-desus bahawa beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada speaker DUN Negeri Sembilan dan memaklumkannya kepada pucuk pimpinan Umno, ekoran mengalami masalah sakit tulang belakang. Baru-baru ini, lamanweb Sabah Daily.com mendakwa Roslan “sedang bersabung nyawa” akibat kanser tulang yang “genting”. Pemimpin Umno Kuala Pilah itu juga didakwa telah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Roslan berkata, dakwaan terhadapnya itu “sengaja direka-reka”. Roslan menafikan beliau mengidap barah tulang belakang, sebaliknya berkata, beliau cedera di bahagian tulang belakangnya selepas terjatuh dalam keadaan terduduk sewaktu bermain badminton di Tampin pada 27 April lalu.

 “Tidak ada cerita barah tulang. Mungkin orang ingat sakit tulang belakang itu barah tulang. Doktor cakap tidak ada komplikasi,” katanya. Sakit kerana terjatuh Roslan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur setelah selamat menjalani pembedahan di hospital berkenaan Rabu lalu. Katanya, beliau sedang menjalani rawatan fisioterapi dan dinasihatkan doktor supaya tinggal di wad berkenaan melebihi sebulan, sebelum dibenarkan pulang.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Pilah Datuk Hassan Malek turut dilaporkan, menafikan desas-desus terhadap ADUN Johol itu. Mengulas kecederaannya itu, Roslan berkata, beliau tidak menyangka kesakitannya itu akan berlarutan sehingga memerlukan pembedahan. Pada mulanya, tambah Roslan, beliau dimasukkan ke hospital selama dua hari sebelum dibenarkan pulang. Bagaimanapun, akibat rasa kebas di bahagian kaki, beliau terpaksa mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan Julai lalu.

“Dari bulan April hingga Julai, saya fikir kesakitan saya biasa sahaja. Tetapi pada 18 Julai, doktor nasihat saya agar melakukan pembedahan. Datuk Mohamad pun nasihat begitu,” katanya.

source : http://malaysiakini.com/news/115666

October 24, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: