PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

ADUN Johol Tidak Letak Jawatan

ADUN Johol Tidak Letak Jawatan

IMG_0047_rszADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof hari ini menafikan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut ekoran masalah kesihatannya. “Saya tidak pernah hantar surat kepada pucuk pimpinan Umno untuk letak jawatan. Tidak ada. “Bahkan (Menteri Besar Negeri Sembilan) Datuk Mohamad Hassan tahu saya sakit,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Roslan diminta mengulas desas-desus bahawa beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada speaker DUN Negeri Sembilan dan memaklumkannya kepada pucuk pimpinan Umno, ekoran mengalami masalah sakit tulang belakang. Baru-baru ini, lamanweb Sabah Daily.com mendakwa Roslan “sedang bersabung nyawa” akibat kanser tulang yang “genting”. Pemimpin Umno Kuala Pilah itu juga didakwa telah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Roslan berkata, dakwaan terhadapnya itu “sengaja direka-reka”. Roslan menafikan beliau mengidap barah tulang belakang, sebaliknya berkata, beliau cedera di bahagian tulang belakangnya selepas terjatuh dalam keadaan terduduk sewaktu bermain badminton di Tampin pada 27 April lalu.

 “Tidak ada cerita barah tulang. Mungkin orang ingat sakit tulang belakang itu barah tulang. Doktor cakap tidak ada komplikasi,” katanya. Sakit kerana terjatuh Roslan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur setelah selamat menjalani pembedahan di hospital berkenaan Rabu lalu. Katanya, beliau sedang menjalani rawatan fisioterapi dan dinasihatkan doktor supaya tinggal di wad berkenaan melebihi sebulan, sebelum dibenarkan pulang.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Pilah Datuk Hassan Malek turut dilaporkan, menafikan desas-desus terhadap ADUN Johol itu. Mengulas kecederaannya itu, Roslan berkata, beliau tidak menyangka kesakitannya itu akan berlarutan sehingga memerlukan pembedahan. Pada mulanya, tambah Roslan, beliau dimasukkan ke hospital selama dua hari sebelum dibenarkan pulang. Bagaimanapun, akibat rasa kebas di bahagian kaki, beliau terpaksa mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan Julai lalu.

“Dari bulan April hingga Julai, saya fikir kesakitan saya biasa sahaja. Tetapi pada 18 Julai, doktor nasihat saya agar melakukan pembedahan. Datuk Mohamad pun nasihat begitu,” katanya.

source : http://malaysiakini.com/news/115666

Advertisements

October 24, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Tiada Pilihanraya 2 DUN Di N Sembilan

Tiada Pilihanraya 2 DUN Di N Sembilan

Pakatan Rakyat, dalam masa terdekat, tidak perlu berangan-angan untuk bertarung lagi pada pilihan raya kecil di dua DUN di Negeri Sembilan selepas gagal di Bagan Pinang.

 

 Umno Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus di internet bahawa ADUN Johol dan Lenggeng akan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil.

ADUN Johol Datuk Roslan Md Yusuf diura-ura akan berbuat demikian akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan lalu.

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim pula didakwa akan dipaksa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Timbalan Ketua Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek berkata desas-desus tersebut “tidak benar” dan “ia diada-adakan”.

Beliau diminta mengulas dakwaan laman web Sabah Daily.com yang menyebut Roslan “sedang bersabung nyawa” akibat kanser tulang yang “genting”.

 

 Surat peletakan jawatan ADUN itu bagaimanapun didakwa telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun mengakui ADUN Umno itu mengalami kecederaan, Hassan berkata Roslan tidak perlu meletakkan jawatan.

“Tidak timbul soal letak jawatan, saya dan ahli jawatan kuasa bahagian boleh membantunya.

“Malam esok, saya akan turun ke kawasan beliau, untuk program bertemu dengan rakyat di sana,” kata Hassan kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas mengenai kesihatan Roslan, Hassan berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan Roslan pada hari raya Aidil Fitri lalu.

Beliau, yang juga ahli parlimen Kuala Pilah, berkata ADUN itu berada dalam keadaan baik dan “tidak membimbangkan”.

Bagaimanapun pergerakan Roslan agak terbatas kerana berkerusi roda, tambahnya.

Sementara itu, Ketua Puteri Seremban, Wan Salwati Abdullah berkata, beliau tidak mendengar desas-desus bahawa Mustafa akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

“Semalam saya ada di cawangannya di Sungai Machang, ada jamuan Aidil Fitri Pemuda dan Puteri, beliau buat kerja macam biasa sahaja,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

“Setahu saya, setakat ini kesnya masih dalam perbicaraan.”

Beliau diminta mengulas tulisan di blog pro-pembangkang Kedah La Nie yang mendakwa pilihan raya kecil DUN tersebut “mungkin berlaku apabila mesyuarat Umno peringkat pusat memberi lampu hijau”.

Blog itu mendakwa dengan kembalinya sokongan bukan Melayu di Bagan Pinang seperti keputusan 11 Oktober lalu, “Umno berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada sekarang. Melalui SPRM (Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia)”

Menurut exco Puteri Umno itu lagi, beliau turut bertemu Mustafa sepanjang berkempen pilihan raya kecil DUN itu, yang dimenangi Tan Sri Mohd Isa Samad, dua minggu lalu.

Mustafa dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban tahun lalu berhubung dua tuduhan rasuah dan kesnya sedang dibicarakan.

source : http://malaysiakini.com/news/115353

October 19, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

We are on Twitter

Please visit www.twitter.com/InfoMICNS for further details.

October 19, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

10th Malaysia Plan, What About Malaysian Indian?

10th Malaysia Plan, What About Malaysian Indian?

The tenth Malaysia Plan will be the most significant national strategy document in Malaysia for the next five years (2011 – 2016). It will provide the socio economic directions, identify specific programmes, make provisions for the allocation of resources and set the key indicators for measurement. Input into this process at the formative stage is imperative and efforts are underway through a participatory process to receive feedback and review the Ninth Plan with the view to ensure that the Tenth plan incorporates the aspirations, needs and concerns of all communities. The Tenth plan must ensure that all sections of the Malaysian society have a share in the wealth that is created and distributed. A draft document containing the review and recommendations from the Malaysian Indian community, has been prepared through a working group process that was held from August 24th to 26th at the Prime Minister’s Department in Putrajaya. This document with supporting papers containing recommendations is now being circulated to a wider consultative group for feedback, input and analysis. This is a consultative process which is participatory in nature where representatives of national civil society and community based organisations have the opportunity to provide their input and views.

OBJECTIVES
To provide an opportunity for national civil society and community based organisation to review the available analysis and recommendations for input into the Tenth Malaysian Plan.

To receive input, feedback, criticism and recommendations on how to effectively address community issues and concerns.

To institute a consultative process where there is a regular dialogue between key stakeholders responsible for the socio-economic development of the community.

To foster closer partnership in ensuring that information and services reach the intended target group and grassroots.

To ensure that there is effective monitoring and implementation of public sector services in order that the bottom 40% experiance social inclusion and are able to access the services and provisions.

For information, a National Consultation session is being organised by MIC on 5th November 2009 in Kuala Lumpur. Participants who would like to partake in this event must be a representative of an organisation as this consultative process set up for receiving input from civil society and community based organisations.

Details of all earlier policy activities pertaining to the Tenth Malaysia Plan in receiving input and analysis can be sited at: www.malaysianindianstenthmalaysiaplan.blogspot.com

If you would like to participate in this session, please do by senda request, as the number of seats are limited and the demand for participation is increasing i would urge anyone interested to immediately notify via email address : pkamalanathan@mic.org.my .

I would also like to inform you that, your request in participating is not the confirmation that you would be able to attend the session, You would be notified via an official letter.

by P.Kamalanathan
National MIC Information Officer

October 19, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Makkal Sakthi Ada Agenda Tersembunyi

Makkal Sakthi Ada Agenda Tersembunyi

Pelancaran parti politik Makkal Sakthi pada Sabtu ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat India tentang kemungkinan wujudnya agenda tertentu di sebalik penubuhannya.

Lantas reaksi orang ramai, terutamanya kaum India, ialah sama ada Makkal Sakti akan menjadi parti alternatif atau sekadar mahu mendorong perubahan dalam MIC yang sejak 63 tahun lepas mewakili komuniti itu.

Dr S Sivamurugan, penganalisis politik di Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), berpendapat penubuhan parti politik baru seperti Makkal Sakti tidak boleh dianggap sebagai parti alternatif kepada MIC.

“Tak mungkin ada parti dapat menggantikan MIC tetapi Makkal Sakthi boleh menjadi parti alternatif bagi menyelesaikan masalah kaum India yang gagal ditangani oleh MIC,” katanya.

Sivamurugan berkata Makkal Sakthi boleh berfungsi sebagai platform untuk memujuk dan mengumpulkan parti komponen India lain seperti Barisan Progresif India (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang enggan bekerjasama dengan MIC tetapi menyokong BN, agar dapat menyumbang kepada kemajuan masyarakat India.

“Jika parti-parti politik India bekerjasama mereka dapat membantu 30 peratus rakyat India yang berada di bawah garis kemiskinan.

“Mereka boleh sama-sama bantu mendapatkan pekerjaan kepada generasi muda, bantuan pendidikan kepada pelajar India dan memberikan bantuan kebajikan bagi yang memerlukan,” katanya.

Satu tinjauan rambang Bernama di Jalan Brickfields dan Lebuh Ampang, dua kawasan di ibu negara yang popular dalam kalangan kaum India untuk membeli-belah, mendapati reaksi yang hampir serupa.

Ada yang mengakui bahawa MIC merupakan parti yang memperjuangkan hak kaum India untuk tempoh yang lama, namun kini tidak disukai disebabkan oleh gelagat beberapa pemimpinnya.

“Kemarahan masyarakat India terhadap kepimpinannya dan bukan terhadap parti berkenaan,” kata S Thiagarajah, 40, bekas guru yang kini menjalankan perniagaan sendiri.

M Alice, 58, pula berharap kehadiran Makkal Sakthi akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemimpin-pemimpin MIC yang sebelum ini bersikap sambil lewa melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Kini mereka akan bangun dari tidur dan mula sedar tentang pentingnya sokongan rakyat India terhadap parti itu, jika tidak mereka akan terus lupakan tanggungjawab mereka, sedangkan rakyatlah yang menjadi kunci kepada jawatan yang disandang oleh mereka kini,” katanya.

M Nanthini, 33, seorang pegawai syarikat swasta, berpendapat saingan daripada parti baru adalah baik untuk MIC.

“MIC adalah parti utama mewakili masyarakat India, dan ia akan wujud selama-lamanya. Namun, sebagai satu pilihan, kita perlukan sebuah parti lain supaya MIC sentiasa akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada kaum India,” katanya.

S Tamilmagan, seorang pekerja swasta, pula berkata MIC memang berjasa kepada masyarakat India tetapi parti itu tidak bersatu.

“Jadi, jika ada sebuah parti baru yang boleh menyatukan semula kaum India, apa salahnya?” katanya.

P Ganesh, 23, pelajar kolej swasta tempatan berkata, kemunculan Makkal Sakti sedikit sebanyak akan dapat menyedarkan pemimpin MIC untuk berubah. BERNAMA

source : http://malaysiakini.com/news/114401

October 7, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Bagan Pinang Update 1

CIMG3172_rszCIMG3153_rszCIMG3147_rszCIMG3158_rszCIMG3169_rszCIMG3149_rsz

October 7, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment