PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Hapuskan Persatuan Berasas Kasta

Hapuskan Persatuan Berasas Kasta

     Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah mencadangkan agar sebarang pendaftaran persatuan atau pertubuhan berasaskan kasta dihapuskan bagi mengelakkan perpecahan di kalangan masyarakat India di negara ini. Beliau berkata pada masa depan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memperketatkan penapisan terhadap permohonan penubuhan persatuan berasaskan kasta kerana jika tidak dipantau, ia boleh mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat India akibat perbezaan kasta.

      “Perbezaan kasta (tinggi atau rendah) dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial seperti sifat rendah diri dalam pergaulan seharian, jika kita hendak bercakap tentang perpaduan di antara kaum, maka sistem kasta ini harus ditangani dahulu, barulah perpaduan dapat diperkukuhkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Seminar Perpaduan di Kalangan Masyarakat Tamil 2009 kali Keenam’ di Kuala Lumpur hari ini.

     Seminar tiga hari bermula semalam bertujuan membincang serta mencari idea baru bagi memantapkan hubungan masyarakat Tamil di seluruh negara termasuk Singapura, Sri Lanka, Thailand, Afrika Selatan dan Malaysia. Murugiah berkata beliau akan menulis surat serta bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya sebarang pendaftaran berkaitan dengan kasta dihapuskan. “Kita datang daripada seorang bapa dan ibu, mana ada kasta rendah dan tinggi, warna kulit kita mungkin berbeza, bahasa berbeza tetapi kita sama sahaja, warna darah tetap sama,” katanya, sambil menegaskan tentang kepentingan integrasi nasional.

     Murugiah berkata setakat ini dianggarkan lebih 20 persatuan berasaskan kasta telah didaftarkan di negara ini. Sementara itu, Murugiah mengulangi pendiriannya untuk tidak menyertai mana-mana parti pembangkang setelah dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP). Katanya, walaupun terdapat beberapa tawaran untuk berbuat demikian, beliau dan para penyokongnya yang mencecah hampir 157,000 orang langsung tidak berminat untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN).

      “Saya masih lagi mencari platform yang sesuai bagi meneruskan karier politik, namun saya tidak akan menyertai atau menubuhkan parti baru yang dilihat hanya akan memecah-belahkan kaum India di negara ini,” katanya. Ditanya mengenai penubuhan parti baru kaum India termasuk Makkal Sakhti, beliau berkata:”Saya melihat penubuhan parti serpihan itu akan memberi alternatif kepada masyarakat India tetapi dalam masa yang sama dikhuatiri memecahkan sokongan kaum India”. BERNAMA

Source : http://malaysiakini.com/news/113645

September 26, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: