PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Samy Timbang Cuti Dari Tugas Presiden

Samy Timbang Cuti Dari Tugas Presiden

Datuk Seri S Samy Vellu dikatakan sedang menimbang secara serius untuk mengambil cuti selama dua bulan daripada tugas sebagai presiden MIC – paling awal mungkin tiga bulan lagi.

Ini adalah sebahagian daripada strateginya untuk melepaskan jawatan tersebut, katanya dalam wawancara melalui telefon dengan Malaysiakini lewat semalam.

Beliau mahu berhati-hati mengenai waktu untuk berbuat demikian bagi mengelak MIC mengalami keadaan tidak menentu dan tidak stabil selepas beliau melepaskan jawatan presiden.

“Saya akan cuti selama dua bulan daripada tugas presiden MIC untuk membolehkan (Datuk G) Palanivel, timbalan saya, memegangnya sewaktu ketiadaan saya,” kata Samy Vellu.

Samy Vellu menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Palanivel sebelum ini bahawa “beliau menyerahkannya kepada Samy Vellu”.

Source : http://malaysiakini.com/news/113640

September 26, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Hapuskan Persatuan Berasas Kasta

Hapuskan Persatuan Berasas Kasta

     Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah mencadangkan agar sebarang pendaftaran persatuan atau pertubuhan berasaskan kasta dihapuskan bagi mengelakkan perpecahan di kalangan masyarakat India di negara ini. Beliau berkata pada masa depan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memperketatkan penapisan terhadap permohonan penubuhan persatuan berasaskan kasta kerana jika tidak dipantau, ia boleh mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat India akibat perbezaan kasta.

      “Perbezaan kasta (tinggi atau rendah) dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial seperti sifat rendah diri dalam pergaulan seharian, jika kita hendak bercakap tentang perpaduan di antara kaum, maka sistem kasta ini harus ditangani dahulu, barulah perpaduan dapat diperkukuhkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Seminar Perpaduan di Kalangan Masyarakat Tamil 2009 kali Keenam’ di Kuala Lumpur hari ini.

     Seminar tiga hari bermula semalam bertujuan membincang serta mencari idea baru bagi memantapkan hubungan masyarakat Tamil di seluruh negara termasuk Singapura, Sri Lanka, Thailand, Afrika Selatan dan Malaysia. Murugiah berkata beliau akan menulis surat serta bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya sebarang pendaftaran berkaitan dengan kasta dihapuskan. “Kita datang daripada seorang bapa dan ibu, mana ada kasta rendah dan tinggi, warna kulit kita mungkin berbeza, bahasa berbeza tetapi kita sama sahaja, warna darah tetap sama,” katanya, sambil menegaskan tentang kepentingan integrasi nasional.

     Murugiah berkata setakat ini dianggarkan lebih 20 persatuan berasaskan kasta telah didaftarkan di negara ini. Sementara itu, Murugiah mengulangi pendiriannya untuk tidak menyertai mana-mana parti pembangkang setelah dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP). Katanya, walaupun terdapat beberapa tawaran untuk berbuat demikian, beliau dan para penyokongnya yang mencecah hampir 157,000 orang langsung tidak berminat untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN).

      “Saya masih lagi mencari platform yang sesuai bagi meneruskan karier politik, namun saya tidak akan menyertai atau menubuhkan parti baru yang dilihat hanya akan memecah-belahkan kaum India di negara ini,” katanya. Ditanya mengenai penubuhan parti baru kaum India termasuk Makkal Sakhti, beliau berkata:”Saya melihat penubuhan parti serpihan itu akan memberi alternatif kepada masyarakat India tetapi dalam masa yang sama dikhuatiri memecahkan sokongan kaum India”. BERNAMA

Source : http://malaysiakini.com/news/113645

September 26, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Photo Update- National MIC AGM 2009

National MIC AGM 2009 Photos

National MIC Election 2009 1

National MIC Election 2009 2

IMG_0075_rsz
IMG_0071_rsz

IMG_0078_rszIMG_0080_rszIMG_0081_rszIMG_0077_rsz

September 23, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Samy : Dr.M Jangan Campurtangan

Samy : Dr.M Jangan Campurtangan

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak campur tangan dalam pemilihan calon BN untuk pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bulan depan.

“MIC yakin dengan kebijaksanaan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengarah pilihan raya BN) dalam memilih calon yang betul untuk kerusi itu.

“Perdana menteri mempunyai kewibawaan untuk memilih seseorang yang mampu membawa kemenangan kepada BN. Hanya Perdana Menteri mempunyai kata putus mengenai siapa yang patut jadi calon,” kata Samy Vellu kepada Bernama semasa diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam.

Mantan perdana menteri itu dalam temu bual dengan Bernama berkata Tan Sri Mohd Isa Samad tidak patut diletakkan sebagai calon bagi kerusi itu kerana beliau pernah digantung daripada Umno selama tiga tahun dari Jun 2005 atas dakwaan terbabit dengan politik wang.

Dr Mahathir berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Beberapa cawangan Umno dan Umno Bahagian Teluk Kemang dikatakan telah mencadangkan nama Isa kepada pucuk pimpinan BN untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan pengundian pada 11 Oktobrt. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept.

Samy Vellu juga berkata Dr Mahathir tidak patut campur tangan dalam setiap pilihan raya kecil kerana pendapat beliau telah “menjejaskan” jentera pilihan raya BN semasa pilihan raya kecil berkenaan.

“MIC akan akur dengan siapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN. Dr Mahathir tidak sepatutnya campur tangan dalam terlalu banyak perkara yang mungkin meletakkan BN dalam keadaan sukar,” katanya.

source : http://malaysiakini.com/news/113285

September 20, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Misi Setiausaha Baru MIC

      Misi Setiausaha Baru MIC

       Setiausaha agung MIC yang baru dilantik, S Murugesan mahu semua cawangan parti itu kembali mendampingi masyarakat tempatan dengan menubuhkan lebih banyak cawangan baru. “Pada masa ini, pengambilan ahli baru berjalan melalui sayap Putera.

      Penambahan keahlian di peringkat cawangan adalah perlahan,” katanya kepada Malaysiakini. Murugesan yang juga seorang peguam berkata, tugas pertamanya dari Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu ialah untuk meyakinkan pengundi supaya kembali mengundi BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dengan turun menemui akar umbi. “Saya ingin menyeru pengundi India di Bagan Pinang supaya memberi peluang kepada MIC dan BN. Anda telah melihat prestasi mereka. Bagilah kami peluang,” katanya. Mengenai pelantikannya, Murugesan berkata, beliau tidak menyangka langsung akan dilantik sebagai setiausaha agung MIC.

     Selain Murugesan, turut dilantik ialah Jaspal Singh sebagai bendahari agung manakala P Kamalanathan sebagai ketua penerangan MIC. Menurut Murugesan, ahli jawatankuasa pusat MIC yang baru dipilih akan bermesyuarat tidak lama lagi. Ditanya mengenai sama ada MIC masih relevan, beliau berkata, parti itu masih di hadapan, mewakili kepentingan masyarakat India.

source : http://malaysiakini.com/news/113180

September 19, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

KPI Untuk MIC

KPI UNTUK MIC

Dalam ucapan perasmian AGM MIC ke 63, Najib mengenakan Indek Kunci Pencapaian (KPI) kepada MIC sepertimana beliau memperkenalkan dasar tersebut sejurus selepas menjadi perdana menteri.

“KPI MIC adalah untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat India kepada BN, tidak ada yang lain.

“Kerja bersungguh-sungguh, jangan buat perkara yang tidak patut dibuat. Berkhidmat kepada masyarakat India, berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

“Kata pepatah, kalau ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. (Amalkan sikap) rendah diri, kita tidak akan kalah,” katanya.

Pendekatan sebut kata Najib adalah pendekatan yang dikehendaki oleh BN untuk memastikan BN menjadi sebuah parti yang baik dan memastikan BN mempunyai cara kepemimpinan yang disenangi rakyat.

Dalam ucapan itu juga, beliau menyoroti kembali bagaimana beliau melakukan kunjungan di kawasan yang ramai masyakarat india, seperti di Brickfileds, Lembah Pantai, beberapa hari selepas dilantik menjadi perdana menteri.

“Saya berasa terhibur dengan kunjungan itu. Saya merasakan saya bersama-sama dengan rakyat. Kalau saya boleh buat perkara ini, pemimpin lain pun boleh. Jadi orang yang rendah diri, mesra rakyat.

Source : http://malaysiakini.com/news/112737

September 13, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Dato’ G.Palanivel Kekal Timbalan President MIC

Dato’ G.Palanivel Kekal Timbalan President MIC

 
   
Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi. Palanivel menang dengan majoriti tipis 82 undi.Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).

Manakala senarai calon jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang disokong Presiden Datuk Seri S Samy Vellu juga turut menang.

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.

Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau menerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC – tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC – sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Keputusan rasmi

Timbalan presiden

G Palanivel* – 629
S Subramaniam – 547
S Sothinathan – 280

Naib presiden (3 jawatan)

Dr S Subramaniam – 1,260
SK Devamany – 1,122
M Saravanan – 1,030
S Balakrishnan – 471
VKK Teagarajan – 215
P Subramaniam – 220
P Mariayee – 61

Jawatankuasa kerja pusat (CWC)
1. K.R. Partiban
2. M. Asojan
3. V.S. Mogan
4. R.A. Ragu Moorthi
5. S. Murugesan
6. Datuk M. Devandran
7. A. Saktivel
8. Datuk Randhir Singh
9. Datuk Jaspal Singh
10. Datuk K.R.A. Naidu
11. Datuk K. Ganeson
12. S.Ananthan
13. Senator M.M. Samy
14. S.P. Manikavasagam
15. Datuk M. Paanjamoorthy
16. A.Ganeson
17. Datuk V.K. Suppiah
18. Datuk S. Ganesan
19. K.P. Samy
20. S.S. Rajagopal
21. Senator N. Ravisandaran
22. P. Palaniappan
23. Madhu Marimuthu

Source : http://malaysiakini.com/news/112765

September 13, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Sinar Harian-PUTERA MIC Buka Puasa Konsep 1 Malaysia

PUTERA MIC Buka Puasa Konsep 1 Malaysia

Buka Puasa Bersama Di Ampangan

 Pergerakan Putera MIC Negeri Sembilan sempena sambutan bulan Ramadan,mengadakan majlis buka puasa bersama Pertubuhan Anak Yatim Aminan di Ampangan, Seremban baru baru ini berlandaskan konsep Satu Malaysia.

Menurut pengerusinya , Dr.S.Thinagaraj majlis buka puasa bersama ini merupakan satu pendekatan baru yang digunakan oleh Putera MIC dalam mempromosikan konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato’Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Tambah beliau lagi, majlis berbuka puasa ini selain membantu masyarakat pelbagai kaum saling mengenali serta menghormati adat serta kepercayaan kaum lain, turut membantu mengikis prasangka buruk terhadap kaum lain.

‘Hidup di negara berbilang kaum seperti Malaysia, kita harus ada sikap toleransi dan menghormati sesama lain,terutamanya bulan puasa seperti ini memberi kesempatan kepada kita untuk mengenali lebih dekat saudara kita yang beragama Islam,kita harus bijak menggunakan kesempatan bulan puasa untuk mengenali mereka” kata beliau .

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada En.Dineshwaran, Ketua Putera MIC Bahagian Rasah/Seremban diatas keberhasilan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Anak Yatim Aminan, Ampangan Seremban.

En.Dineshwaran pula berkata , program seumpama ini akan terus dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini, dan Putera MIc sedia menerima pelawaan buka puasa bersama dengan mana mana pertubuhan kerajaan ataupun NGO  bagi mengeratkan lagi talian persaudaraan.

Penjaga Pertubuhan Anak Yatim Aminan, Ampangan Seremban, Hj Kamarul Ariffin,mengucapkan kesyukurannya diatas kehadiran ahli ahli Putera MIC Negeri Sembilan bagi berbuka puasa para penghuni rumah berkenaan. “Inilah kali pertama pertubuhan kaum Indian bersama kami untuk berbuka puasa,dan saya berharap kita harus kekalkan perpaduan ini dan menjayakan konsep satu malaysia’ ujur beliau.

September 13, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

ADUN Bagan Pinang, Teluk Kemang Meninggal Dunia

ADUN BN Bagan Pinang Negeri Sembilan meninggal dunia

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini. Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

      Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%). Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini. Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson. Dalam pilihanraya umum lalu.Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

source : http://malaysiakini.com/news/112124

September 4, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment