PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Sinar Harian-N.Sembilan PUTERA MIC AGM

NEGERI SEMBILAN PUTERA MIC ANNUAL MEETING 2009
Negeri Sembilan PUTERA MIC Meeting 2009

Negeri Sembilan PUTERA MIC Meeting 2009

MIC Negeri Sembilan akan sentiasa menyokong penglibatan golongan  professional muda dalam bidang sosio-politik” ujur Dato’T.Rajagopalu dalam ucapan perasmian Konvensyen Putera MIC Negeri Sembilan Kali -1 di Wisma MIC Negeri Sembilan baru baru ini,

Tambah beliau lagi, penglibatan golongan professional muda dalam sosiopolitik sangat dialu-alukan memandangan ianya akan memberi satu impak yang positif terhadap kemajuan bangsa dan negara,selain menjadi program re-branding of MIC yang dilancarkan sejak pertengahan tahun lepas menjadi kenyataan .

Dato’T.Rajagopalu yang juga merupakan Ketua Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Dr.S.Thinagaraj berserta barisan Putera MIC Negeri Sembilan diatas penganugerahan sebagai Badan Perhubungan MIC Putera terbaik seluruh Malaysia baru baru ini, juga tidak dinafikan sebagai Putera MIC pertama  yang ditubuhkan peringkat negeri di Malaysia.

Sementara ini, Dr.S.Thinagaraj dalam ucapan beliau berkata Putera MIC Negeri Sembilan akan sentiasa berusaha menjaga kebajikan masyarakat India terutamanya dalam aspek pendidikan serta model insan bagi membentuk generasi muda yang berketerampilan tinggi.

Beliau juga berkata, Putera MIC Negeri Sembilan dibawah pimpinannya akan teruskan menyokong aspirasi Satu Malaysia yang dicanangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak ke peringkat akar umbi bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada kerajaan.

Kordinator Putera MIC Kebangsaan En.P.Kamalanathan yang turut hadir sebagai tetamu jemputan  khas , turut merakamkan ucapan tahniah kepada Putera MIC Negeri Sembilan diatas kejayaan menempatkan nama Putera MIC setara dengan organisasi organisasi lain di negara ini.

“Saya banyak belajar dari Dr.S.Thinagaraj serta barisan muda Putera MIC Negeri Sembilan ini,komitmen ,kegigihan serta  semangat kerjasama membuatkan saya sangat teruja dengan mereka mereka ini ,dan saya sangat berharap agar ramai lagi belia golongan professional dapat mengikuti langkah mereka dalam membantu masyarakat ‘ tambah beliau lagi.

Dalam pada itu,delegasi  konvensyen Putera MIC Negeri Sembilan sebulat suara menyokong kepimpinan Dato T.Rajagopalu selaku Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan dan juga Dato’Seri S.Samyvellu selaku Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kebangsaan.

Konvensyen ini turut dihadiri oleh YB Tuan V.Mogan , ADUN Kawasan Jeram Padang , Dato’ VK Subbiah , Timbalan Badan Perhubungan MIC Pulau Pinang , Pn.Sakthi Mohanadass , Ketua Puteri MIC Negeri Sembilan . En.Rama , Ketua Putera MIC Melaka serta AJK AJK Tertinggi Putera MIC Negeri Sembilan.

August 14, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: