PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Penghinaan Terhadap Kaum India

Penghinaan Terhadap Kaum India

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

 

 

 Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan “kami bantah” menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis “Take beer”, “Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah”, “Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya” dan “Pindahkan kuil ke Seksyen 22”.

“Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia,” jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.

“Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami.”

 

 

 Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.

“Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23.”

Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur.

“Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi,” katanya.

Mahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci.

“Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh,” jelasnya (foto bawah).

 

 

 Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.

Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.

Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.

Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.

Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.

source : Malaysiakini.com

August 28, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Samy Kecam Perarakkan Kepala Lembu

Samy Kecam Perarakkan Kepala Lembu

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

 “Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat. “Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini. Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu. “Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut. Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

August 28, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

National Putera MIC AGM 2009 Photos

National Putera MIC AGM Photos

Putera MIC Negeri Sembilan for the second consecutive year delivered the highest most attendence for National Putera MIC AGM ( last year for Pemuda-Putera AGM ).
-Dr.S.Thinagaraj-

Delegasi Putera MIC N.Sembilan 2009

Putera MIC AGM Delegasi 2009

Putera MIC Kebangsaan 2009

August 25, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

ADUN Lunas Keluar Dari PKR , Sokong PM

ADUN Lunas Keluar Dari PKR , Sokong PM

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

azlanPemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan “hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.”

Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin.

“Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas,” beliau dipetik berkata.

Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu.

“Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu,” kata Mohd Radzhi lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, “di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan perdana menteri”.

Beliau akan terus kekal dengan jawatan exco pelancongan Kedah kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

“Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas,” katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

source : http://malaysiakini.com/news/111191

August 23, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

2009 MIC Election Nomination Video

August 23, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Samy’s Official Team

KUALA LUMPUR: MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu has named a 27-member “official team” for the 23 seats in the central working committee (CWC) in the party polls on Sept 12. Speaking to reporters after the nomination papers were filed at the MIC headquarters yesterday, Samy Vellu said the extra four names were to give delegates a wider choice.

The endorsed list include incumbents Datuk S.S. Rajagopal, Vimalah Nair, S. Murugesan, Ragu Moorthy, Logeswary @ Kajang Rani (Se-langor), Datuk R. Rajoo, Datuk K.R.A. Naidu and Datuk R. Ganesan (Perak), Datuk R. Raghavan (Malacca), Datuk V. Saravanan, Datuk T. Rajagopalu (Negri Sembilan), Datuk M. Daven-dran (Pahang), Datuk K. Rajapathy and Datuk P.K. Subbayah (Penang).

The newcomers include M.M. Samy, M. Asojan, Datuk Randhir Singh (Johor); Datuk K. Panchamoorthy (Federal Territory); S. Ananthan (Kedah); V.S. Mogan (Negri Sem-bilan); Datuk Jaspal Singh, K. Parthiban, A. Saktivel, P. Palaniappan, G. Jayakumaran, N. Ravisandaran, (Selangor) and A. Ganesan (Negri Sembilan). Samy Vellu said the candidates should not depend on him to canvass for votes.

Instead, they should tell the delegates of their achievements and service to the community and party, he said. He added this was the first time there were 11 vacancies in the CWC. On the remark by former deputy president Datuk S. Subramaniam that Samy Vellu was the fourth contender in the deputy president’s race, Samy Vellu said he had the right to campaign for any candidate. “Now he is talking because he is nobody. He enjoyed life in MIC for 33 years but did nothing for the community. That is the reason he was changed,” he said

source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/23/nation/4574290&sec=nation

August 23, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Program e-kasih

Greetings fellows,

Government has launched a program where families with earning capacity below RM1500 for urban area and RM1000 for non-urban area encouraged to register in this program.

Program Name : e-kasih Registration mode :
1. https://www.ekasih.gov.my/Pages/default.aspx or
2.register at the nearest district office

Benefit: Will be interviewed and if found fit will be given financial aid and other aids which is suitable for the particular family. The latest information from ministry says that registration in this program is very little. So, help to circulate the message. Thank you.

August 21, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Keputusan Pemilihan Pemuda dan Wanita MIC Kebangsaan

T Mohan – penyelaras Pemuda MIC – menang besar untuk merebut jawatan ketua pergerakan tersebut dalam pemilihan hari ini.

Beliau mendapatkan 321 undi untuk menewaskan pencabarnya, S P Muthu Vello yang mendapat 148.

Sementara Datin Paduka P Komala Devi berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita MIC setelah mendapat kelebihan 26 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan timbalannya S Tpanyasvari.

Jawatan timbalan ketua Pemuda MIC pula dimenangi oleh V Mugilan, yang mewaskan ADUN Kahang, Johor, R Vidyananthan.

Mugilan yang juga ketua biro politik pergerakan itu mendapat 266 undi manakala Vidyananthan memperolehi 204 undi.

Manakala Komala Devi pula menan tipis untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita MIC.

Beliau mendapat 238 undi manakala pencabarnya S Tpanyasvari, yang juga timbalannya, yang mendapat 212 undi.

Jawatan timbalan ketua Wanita pula dimenangi oleh Dr C V Prema dari Perak.

Beliau mendapat 279 undi untuk menewaskan Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan, Dr P.Thanaletchumi yang mendapat 172 undi.

Kedua-dua sayap itu juga masing-masing memilih 12 orang untuk menganggotai Majlis Pemuda Kebangsaan MIC serta 35 perwakilan ke perhimpunan agung MIC, serta dua orang untuk ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Pengumuman keputusan pemilihan ini dibuat oleh Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi.

source : Malaysiakini.com

August 18, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Sinar Harian-N.Sembilan PUTERA MIC AGM

NEGERI SEMBILAN PUTERA MIC ANNUAL MEETING 2009
Negeri Sembilan PUTERA MIC Meeting 2009

Negeri Sembilan PUTERA MIC Meeting 2009

MIC Negeri Sembilan akan sentiasa menyokong penglibatan golongan  professional muda dalam bidang sosio-politik” ujur Dato’T.Rajagopalu dalam ucapan perasmian Konvensyen Putera MIC Negeri Sembilan Kali -1 di Wisma MIC Negeri Sembilan baru baru ini,

Tambah beliau lagi, penglibatan golongan professional muda dalam sosiopolitik sangat dialu-alukan memandangan ianya akan memberi satu impak yang positif terhadap kemajuan bangsa dan negara,selain menjadi program re-branding of MIC yang dilancarkan sejak pertengahan tahun lepas menjadi kenyataan .

Dato’T.Rajagopalu yang juga merupakan Ketua Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Dr.S.Thinagaraj berserta barisan Putera MIC Negeri Sembilan diatas penganugerahan sebagai Badan Perhubungan MIC Putera terbaik seluruh Malaysia baru baru ini, juga tidak dinafikan sebagai Putera MIC pertama  yang ditubuhkan peringkat negeri di Malaysia.

Sementara ini, Dr.S.Thinagaraj dalam ucapan beliau berkata Putera MIC Negeri Sembilan akan sentiasa berusaha menjaga kebajikan masyarakat India terutamanya dalam aspek pendidikan serta model insan bagi membentuk generasi muda yang berketerampilan tinggi.

Beliau juga berkata, Putera MIC Negeri Sembilan dibawah pimpinannya akan teruskan menyokong aspirasi Satu Malaysia yang dicanangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak ke peringkat akar umbi bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada kerajaan.

Kordinator Putera MIC Kebangsaan En.P.Kamalanathan yang turut hadir sebagai tetamu jemputan  khas , turut merakamkan ucapan tahniah kepada Putera MIC Negeri Sembilan diatas kejayaan menempatkan nama Putera MIC setara dengan organisasi organisasi lain di negara ini.

“Saya banyak belajar dari Dr.S.Thinagaraj serta barisan muda Putera MIC Negeri Sembilan ini,komitmen ,kegigihan serta  semangat kerjasama membuatkan saya sangat teruja dengan mereka mereka ini ,dan saya sangat berharap agar ramai lagi belia golongan professional dapat mengikuti langkah mereka dalam membantu masyarakat ‘ tambah beliau lagi.

Dalam pada itu,delegasi  konvensyen Putera MIC Negeri Sembilan sebulat suara menyokong kepimpinan Dato T.Rajagopalu selaku Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan dan juga Dato’Seri S.Samyvellu selaku Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kebangsaan.

Konvensyen ini turut dihadiri oleh YB Tuan V.Mogan , ADUN Kawasan Jeram Padang , Dato’ VK Subbiah , Timbalan Badan Perhubungan MIC Pulau Pinang , Pn.Sakthi Mohanadass , Ketua Puteri MIC Negeri Sembilan . En.Rama , Ketua Putera MIC Melaka serta AJK AJK Tertinggi Putera MIC Negeri Sembilan.

August 14, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Graduate After 45yrs Drop Out

Malaysian Indian graduates 45 years after dropping out

Fortyfive years after dropping out, 62-year-old Gurcharan Kaur has earned a first class honours degree – and the journey had been tough. She used to drive 113 km to the university and return home late at night. For Gurcharan Kaur, it meant 14-hour days over weekends for four years to earn the first class honours degree in Teaching English as a Second Language (TESL).

She resumed higher studies 45 years after she dropped out to look after her parents. The Malaysian Indian used to wake up at 5 a.m., leave an hour later from her home in Kuala Pilah, the district town in the neighbouring Negeri Sembilan state and drive 113 km to Universiti Putra Malaysia. It also meant driving back home at 8 p.m. along a road that tested even the most experienced drivers.

It was a daunting task, as she now acknowledges. Failing memory also posed a problem at her age. She had to spend 10 times as long as fellow undergraduates to memorise her studies. ‘I believe in the saying ‘If there is a will, there is a way’. Although I had to sacrifice my weekends and be on the road for two hours a day every weekend to attend classes, it was worth it,’ she said on graduation Tuesday.

 Her five siblings were there to greet her as she stood all smiles along with 1,075 graduates who received convocation scrolls from University Putra Malaysia Pro-Chancellor Nayan Ariffin. Incidentally, Gurcharan Kaur has not ended her studies. She wants to enroll in the Master’s programme in TESL at the university, New Straits Times said. Estimated at 100,000, Sikhs are part of the two million-plus ethnic Indian community that forms eight percent of Malaysia’s multi-ethnic 28 million population.

source : http://story.malaysiasun.com/index.php/ct/9/cid/48cba686fe041718/id/529681/cs/1/

August 13, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment