PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Dato’T.Rajagopalu Bantu Permohonan MyKad

Tidak buat MyKad kerana hidup susah


NORAZURA hidup dalam kesempitan bersama lima anak di rumah pangsa yang disewa di Lukut.

PORT DICKSON: Masalah kemiskinan menyebabkan tiga beradik yang tinggal di Lukut, dekat sini tidak dapat meneruskan persekolahan dan pada masa sama mereka tidak dapat mencari pekerjaan kerana ketiadaan MyKad.

Mohd Amirul Izzuazi Maamor, 18, hanya sempat belajar sehingga tingkatan tiga kerana kerana keluarganya tidak mampu membiayai kos persekolahannya manakala dua adiknya, Saifulazlan Maamor, 14 dan Nurul Mas Lieana, 13, pula hanya sempat belajar setakat Tahun Enam. Saifulazlan juga tidak mempunyai sijil kelahiran.

Ibu mereka, Norazura Nordin, 31, berkata kesempitan hidup menyebabkan dia dan suami, Maamor Omar, 42, yang tiada pekerjaan, tidak mampu menghantar anak ke sekolah.
Katanya, walaupun berat untuk beliau mengambil keputusan itu tetapi terpaksa melakukannya kerana kehidupan mereka ibarat `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Kemiskinan itu juga menyebabkan Norazura yang mempunyai sembilan anak terpaksa menyerahkan empat anaknya yang berumur antara 8 bulan hingga 11 tahun kepada saudara mara untuk dipelihara.

“Kami bergantung hidup kepada belas kasihan orang. Ada masanya jiran atau orang yang mengetahui penderitaan kami memberi makanan… apatah lagi hendak membiayai kos persekolahan,” katanya ketika ditemui di rumah pangsa sewaan mereka di sini.

Selain tiga beradik itu, anak Norazura yang lain yang tinggal bersama adalah Mohd Hafizi. 6, dan Khairul Anuar, 3.

Katanya, kesempitan hidup juga menyebabkan beliau tidak mampu membawa anaknya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan kelahiran dan mendapatkan Mykad apabila berumur 12 tahun.

“Saya sendiri pun belum mempunyai Mykad. Kami hidup berpindah randah kerana tidak mampu membayar sewa dan rumah pangsa ini adalah kediaman keenam sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Norazura mengharapkan bantuan orang ramai untuk membantu kehidupan beliau sekeluarga serta mengharapkan anaknya mendapat sijil kelahiran dan MyKad secepat mungkin untuk mengelakkan mereka menghadapi masalah pada masa depan.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajagopalu, berkata beliau sudah menguruskan permohonan keluarga itu untuk mendapatkan MyKad.

“JPN memberi kerjasama yang amat baik dan saya jangka semua anaknya akan mendapat Mykad tidak lama lagi” katanya.

Beliau juga berjanji akan membantu anak Norazura meneruskan persekolahan serta membantu Mohd Amirul Izzuazi mendapat pekerjaan.

July 30, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: