PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Pertandingan Sains Tarik Minat : Sinar Harian

                                                                          Pertandingan sains tarik minat

SEREMBAN – Usaha murni Putera MIC Negeri Sembilan menganjurkan Pertandingan Sains Sekolah-sekolah Tamil mampu meningkatkan keupayaan daya cipta dalam kalangan generasi muda.

Science Fair 2009i

Putera MIC Negeri Sembilan, Dr. S Thinagaraj berkata, program itu wajar diadakan secara berterusan kerana dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains.

Menurutnya, pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi penting untuk kemajuan sesebuah negara.

 “Kemajuan dan kejayaan sesebuah negara tidak bergantung kepada sumber asli sahaja kerana kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sejauh mana rakyatnya mengua-sai ilmu pengetahuan.      

“Pendedahan awal terhadap pendidikan sains perlu diberi penekanan terhadap generasi muda kerana ilmu sains diperlukan untuk bersaing dengan negara maju,” katanya.

Selain itu, katanya, masyarakat perlu menjadikan negara maju contoh dengan kesungguhan mereka menguasai dan menerajui hampir keseluruhan bidang ekonomi dunia.

Hadir sama, Pengerusi MIC, Datuk T Rajagopalu turut mengambil kesempatan melawat bilik pameran pertandingan sains di Wisma MIC Negeri Sembilan.Science Fair 2009ii

Dia mengucapkan tahniah di atas penganjuran program tersebut diadakan kali kedua berturut-turut memperlihatkan sambutan menggalakkan pelajar.

Difahamkan, johan pertandingan dimenangi Sekolah Tamil Lorong Jawa, Seremban yang membawa tema ‘Meteor dan Android’.

Pemenang membawa pulang wang tunai RM750 sekali gus dipilih mewakili Negeri Sembilan ke Pertandingan Sains Antara Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Nasional di Dewan TNB, pada 21 Jun ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Putera MIC Negeri Sembilan, R Dineshwaran berkata, Putera MIC Negeri Sembilan akan menganjurkan pertandingan sains untuk sekolah rendah, menengah dan badan bukan kerajaan pada Oktober akan datang.

Bagi yang berminat boleh menghubungi talian 012-2333434 (Dinesh) atau 017-2802767 (Dr Raj) untuk mendapatkan borang penyertaan dan keterangan lanjut.

http://www.sinarharian.com.my/archive/260609/mns/story2898444.asp

June 27, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: