PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

TemaNiaga BSN

 

SKIM MIKRO KEWANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL

Majukan Perniagaan Anda Dengan BSN TemaNiaga
Anda mahu perniagaan anda terus maju dan tidak terbantut di tengah jalan? Kini impian perniagaan anda dapat direalisasikan bersama BSN TemaNiaga kerana kami percaya dengan kemampuan anda untuk memajukan perniagaan.

Jadikanlah BSN TemaNiaga Sahabat Setia Anda dan nikmati masa depan bersama insan tersayang. BSN TemaNiaga pasti dapat membantu anda kerana impian anda, matlamat kami.

Kadar Faedah
15% – 17% Setahun (Berdasarkan baki asas tahunan).

Had Pinjaman
RM5,000 – RM50,000.

Tempoh Pinjaman
1 tahun – 5 tahun.

Kaedah Pinjaman
Konvensional.

Sektor Perniagaan

  Pembuatan
  Perkhidmatan
  Peruncitan dan Pemborongan

Syarat Kelayakan

  Warganegara Malaysia
  Berumur antara 21 – 60 tahun
  Mempunyai daftar dan/atau lesen perniagaan
  Menjalankan perniagaan dengan tempoh minimum 2 tahun.
  Tanpa Penjamin atau Penjamin (seorang penjamin yang bergaji tetap minimum RM2,000).

Yuran dan lain-lain syarat

  Dikecualikan Duti Setem,
  Bayaran insurans akan ditolak daripada amaun pinjaman,
  Bayaran deposit iaitu bersamaan dengan 3 bulan ansuran akan ditolak daripada amaun pinjaman dan disimpan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP) di atas nama peminjam,
  Penjelasan awal perlu mengemukakan notis 3 bulan atau penalti 3 bulan faedah, dan
  Penjelasan sebahagian iaitu minima 3 bulan ansuran atau RM1,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Dokumen Diperlukan

a) Pemohon
 
  Borang permohonan yang lengkap diisi,
  2 salinan kad pengenalan (depan dan belakang),
  Salinan daftar dan/atau lesen perniagaan,
  Penyata bank bagi tempoh 6 bulan terakhir (jika ada); dan
  Salinan buku akaun BSN (jika ada).
b) Penjamin (jika ada)
 
  Salinan kad pengenalan penjamin (depan dan belakang),
  Salinan slip gaji penjamin bagi tempoh 3 bulan terakhir, dan
  Salinan Penyata Cukai Pendapatan penjamin dan Penyata Simpanan KWSP penjamin (jika ada).

*Tertakluk Kepada Terma dan syarat semasa

May 13, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a comment