PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

Tamil School Chess Competition

NEGERI SEMBILAN PUTERA MIC CHESS COMPETITION FOR TAMIL SCHOOL STUDENTS

Putera MIC Negeri Sembilan with Guest Of Honour

 

Dato'T.Rajagopalu , Dato'Edmund Sartana and Putera MIC

Dato'T.Rajagopalu , Dato'Edmund Sartana and Putera MIC

Chess Competition Students

Kejohanan Catur anjuran Putera MIC Negeri Sembilan yang pertama kali diadakan untuk sekolah sekolah Tamil Negeri Sembilan mendapat sambutan yang sangat meriah dengan penyertaan hampir 30 buah sekolah di Negeri Sembilan.

      

Pengerusi Putera MIC , Dr.S.Thinagaraj berkata , pertandingan ini merupakan suatu pencapaian yang sangat berharga  bagi Putera MiC Negeri Sembilan, memandangkan ini adalah pertama kali pertandingan seumpama ini diadakan khusus untuk pelajar pelajar sekolah Tamil di Malaysia. Beliau juga berkata, permainan catur memiliki suatu sejarah khas dikalangan warga Masyarakat India , karena selain ianya berasal dari negara India, ramai Grandmaster peringnkat dunia berasal dari warga keturunan India , sambil membidik Anand Visvanathan , Grandmaster dari negara India yang memegang ranking nomber satu dunia. Beliau juga melahirkan harapan bahawa ada kemungkinan lahir grandmaster peringkat dunia dari Malaysia dengan pendedahan awal sukan catur kepada golongan muda.
 

 

      Tambah beliau lagi , Putera MIC dengan Kerjasama Malaysian Chess Federation akan berusaha menubuhkan kelab kelab catur di sekolah sekolah tamil Negeri Sembilan bagi membantu memperkenalkan serta memajukan sukan catur ini di Negeri Sembilan.

      Dr.S.Thinagaraj juga berkata, kejayaan menganjurkan kejohanan ini tidak terlepas dari peranan Dato’ T.Rajagopalu serta AJK Putera MIC Negeri Sembilan yang turun padang mempromosikan sukan catur ini diperingkat sekolah sekolah Tamil di Negeri Sembilan., juga kepada Dato’ Edmund Sartana CEO Masterskill University College Of health Sciences yang menyumbangkan wang tunai sebanyak RM3000.00 kepada pemenang pemenang kejohanan catur ini.
      
      
Sementara itu, pengerusi pelaksana kejohanan, En.R.Dineswaran pula berkata, sambutan yang diberikan oleh ibubapa serta para guru guru sekolah sangat menggembirakan, memandangkan hampir 300 orang ibubapa turut hadir memberi sokongan moral kepada anak anak mereka.

       Dalam pada itu , Dato’T.Rajagopalu yang hadir bagi marasmikan kejohanana tersebut merakamkan ucapan tahniah kepada Dr.S.Thinagaraj  bersama Putera MIC Negeri Sembilan diatas keberhasilan mengajurkan program ini. Beliau juga berkata , program ini akan dijadikan program tahunan dibawah naungan MIC Negeri Sembilan dalam usaha memajukan sukan catur tersebut.

       Dato’ T.Rajagopalu juga berkata , pendedahan awal tentang semangat kesukanan akan menghindar remaja dari anasir anasir negatif, serta membantu mereka memperoleh kejayaan akademik.Tambah beliau lagi, MIC Negeri Sembilan dibawah pimpinan beliau akan sentiasa memberi tumpuan penting kepada peningkatan mutu pelajar pelajar sekolah Tamil di Negeri Sembilan.

       Beliau juga berkata , sebagai lanjutan pelaksanaan Pertandingan Sains Sekolah Sekolah Tamil Negeri Sembilan pada tahun lepas, pihak MIC Negeri Sembilan bersama Putera MIC Negeri Sembilan akan sekali lagi menganjurkannya pada bulan Mac depan,, dan diharapkan peryertaan sekolah akan bertambah banyak daripada tahun lepas.

      

Dato’ Edmund Sartana CEO Masterskill University College Of health Sciences  berkata beliau sangat terharu ,melihat penyertaan sekolah yang begitu banyak serta sokongan ibubapa pelajar pelajar. Beliau juga berkata , akan memberi bantuan dalam memajukan sukan catur ini sekolah sekolah Tamil dengan mngadakan bengkel bengkel diperingkan daerah dalam waktu dekat,. Selain dari itu , beliau juga melahirkan keinginan untuk menganjurkan pertandingan catur sekolah sekolah Tamil ini diperinngkat nasional pada tahun ini.
       Bagi memeriahkan kejohanan ini, beliau mengadakan pertandingan persahabatan serentak menentang 30 pelajar pada 30 papan catur  yang berlainan,dimana kemenangan berpihak kepada Dato’ Edmund Sartana.

 

       Kejohanan ini dimenangi oleh  pelajar S.Subramaniam dari  SJKT Convent yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00 ,dan naib johan pula oleh P.Raveen dari SJKT Convent memenangi hadiah wang tunai RM750.00, dan hadian ketiga sebanyak RM500.00 juga dari SJKT , oleh S.Nitya Laksmi piala serta sijil penghargaan.,Hadiah wang tunai diberikan kepada 10 pelajar yang memperoleh nilai tertinggi menurut perkiraan hakim dari Malaysian Chess Federation.

March 4, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: