PUTERA MIC

NEGERI SEMBILAN – TOWARDS 3G LEADERS

MIC Tidak Terpinggir-D’TR

MIC tidak terpinggir dalam BN
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2316475.asp

SEREMBAN – Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajagopalu berkata, masyarakat India seharusnya bersyukur kerana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberi perhatian serius terhadap hal-hal kebajikan kaum India.

Menurutnya, kaum India tidak pernah terpinggir dalam kelompok masyarakat Malaysia kerana kebajikan mereka sentiasa dijaga oleh pihak kerajaan.

“Masyarakat India tidak pernah dipandang sepi oleh kerajaan dan setakat ini kita dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa,” katanya.

Menurutnya, sepanjang 50 tahun MIC memimpin bersama BN, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dan BN nyata peka dengan kepentingan dan keperluan masyarakat India.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan bintang dan pingat kehormat anjuran MIC Bahagian Rasah Dan Seremban yang berlangsung di Dewan Wisma MIC Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, seramai 23 penerima kaum India antaranya, Ketua Puteri MIC Negeri Sembilan, Sakthi Mohanadass, Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan, Thirunaukarasu dan Ketua Putera MIC Negeri Sembilan, Dr SThinagaraj.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pemberian pingat itu juga nyata menunjukkan kerajaan tidak pernah mengetepikan golongan India dengan turut memberi penghargaan kepada mereka yang berjasa.

January 7, 2009 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: